Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Aqiqah & KurbanAqiqah & Kurban

AQIQAH DAN KURBAN

SOALAN:

Ada orang mengatakan bahawa beraqiqah ketika majlis perkahwinan tidak boleh kerana yang datang kemajlis tersebut membawa sumbangan wang dan ada pula yang menghadiri itu orang bukan Islam. 

Apa benar orang bukan Islam tidak boleh memakan daging aqiqah.

Dimajlis tersebut daging kerbau telah dilebihkan untuk menjamu orang bukan Islam tetapi telah dicampur masaknya. Bagaimana permasalahan nya tu alfadhil mufti?

 

JAWAPAN:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 16 yang telah bersidang pada 04 November 2009 telah memutuskan berkenaan Hukum Daging Korban Bagi Orang yang bukan Islam melalui sighahnya:

“ Daging Korban Sunat boleh dimakan atau diberikan kepada orang bukan Islam dalam masalah terpencil (dalam keadaan tertentu) atas sebab maslahat dakwah dalam masyarakat majmuk, sementara Korban Wajib adalah tidak harus”.

 

 

SOALAN:

Apakah hukum bermain kuda kepang ?

JAWAPAN:

Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor, hukumnya adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan tersebut.
Keputusan tersebut adalah berdasarkan hujah-hujah berikut;
1. Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah antaranya ialah;
- Unsur syirik iaitu melakukan jampi dan mantera dengan memohon pertolongan dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga, berlaku perbuatan “menurun” atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai tanasuhul arwah (تناسخ الاروح) . Pada hakikatnya adalah satu keadaan yang menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Hal ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu Termasuk orang-orang yang zalim".

Dan surah Faatir ayat 6:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”.

 

< Kembali