Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Mac 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
389373
Latar BelakangLatar Belakang

LATAR BELAKANG

Secara rasminya, Jabatan Mufti ditubuhkan dan dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak pada 1 Januari 1997. Sebelum tarikh tersebut keadaan Mufti dan institusi fatwa Negeri Sarawak adalah seperti berikut:-

  • Sebelum Majlis Islam Sarawak ditubuhkan pada 1 Mei 1955, tidak ada badan yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal agama Islam di Sarawak.
  • Secara tidak langsung ianya diuruskan oleh Mahkamah Datu' sehingga Majlis Islam Sarawak ditubuhkan.
  • Sebelum tahun 1941, masaalah-masaalah agama telah dirujukkan kepada Datu' Hakim yang secara tidak langsung menjadi Mufti.
  • Mufti dilantik pada 1941 dengan tidak mempunyai Ahli Jawatankuasa Fatwa sehingga pada tahun 1955, barulah ada ahli tersebut.
  • Setelah adanya ordinan (Pemerbadanan) Majlis Islam, perlantikan Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa diadakan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  • Pada tahun 1963, Sarawak Memasuki Persekutuan Malaysia dan Mufti dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas syor Yang DiPertua Negeri. Akan tetapi Ahli Lembaga Fatwa dilantik oleh Yang Dipertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat.